Wednesday 2 July 2014

kembali ke dunia blog

Selamat datang ke blog aku. yang keempat aku rasa. Sebelum ni dah banyak blog aku buat, mula dengan blog pasal makan-makan, blog pasal politik, blog jalan-jalan dan yang terakhir 3 tahun lepas blog pasal budaya tradisi orang Iban. Tapi sayang semua blog aku entah ke mana. Awal-awalnya bukan main lagi komited, ada je post baru. Lepas masuk alam kerja blog-blog tu aku terpaksa tinggalkan. Satu-satu hilang tak da update. Selepas 3 tahun aku buat blog baru. Bermula dari kosong. Kenapa ya?

Jawapan mudah ja nak bagi orang baca cerita aku.

Lepas masuk alam kerja sambil belajar balik, stress pun makin bertambah. Ada kalanya tak semua benda kita nak cerita orang paham. Blog ni aku buat fokusnya lain sikit berbanding blog-blog aku yang dulu yang mengkhusus satu benda ja. Nak buat kerja senang, aku buat ja mcam ni. Semua benda boleh masuk.Dalam blog ni aku nak bercerita tentang benda yang orang rasa entah apa-apa, tapi bagi aku memori yang penting dalam mencorak hidup aku. 

  Aku ni suka bercerita

Aku ni memang suka bercerita. Masa kecik-kecik dulu pun orang cakap aku ni mulut murai sampai tong sampah penuh aku cerita satu sekolah. Aku tak nafikan ramai jugak kawan-kawan aku yang bising pasai benda ni. Sampai ada yang tertidur , berangan, masuk topik lain bila dah tak tahan aku berleter. Masa aku masuk sekolah, ada seorang cikgu cakap banyak mulut ni kelebihan aku. Aku tak paham maksud dia, maklumlah budak berhingus lagi. Dialah yang latih aku guna hobi bercakap untuk berdebat, berpantun dan bersyair. Itu kisah dulu, kini aku dah mula kawal mulut aku. Mintak-mintak ada blog ni aku boleh tulis benda-benda yang aku tak berpeluang nak cerita kat orang.

 

Memori aku

Aku ni tak lah lahir zaman P.Ramlee, tapi cerita P.Ramlee semua aku hafal skripnya. banyak benda dalam cerita-cerita beliau yang hampir serupa dengan benda yang jadi di kampung aku. ahahaks. zaman kanak-kanak masih amat segar dalam ingatan aku. Tak tau lah kalau zaman kanak-kanak orang lain lagi menarik daripada zaman aku. Tapi apapun aku cukup bangga dengan zaman kanak-kanak aku. Sebab tu Blog ni fokusnya pasal Cerita zaman kanak-kanak aku. Zaman aku masih lagi potong ramput macam style kelapa. zaman aku sempat lagi tengok tv hitam putih, dengar lagu guna radio dan kaset, main pun batu seremban ja tak pun buang diri terjun dalam sungai, tak da gaming-gaming. Zaman aku yang ada internet boleh kira dengan jari. Zaman aku telepon bukan main besar warna hitam legam siap ada antena, nak bawa jalan pun payah. Budak-budak zaman aku mana ada handphone, nak beli kad telefon pun mahal. 

 

Laptop dan internet

Salah satu sebab nape blog-blog lama aku tertimbus entah ke mana sebab ketandusan internet. Zaman aku nak guna internet kena pergi cybercafe. Duit saku pun aku dah tak sampai hati minta kat mak bapak, apa lagi nak berbelanja kat cybercafe. Bila dah ada duit sendiri aku beli laptop dan pasang internet. Kemudahan dah ada, sia-sia lah kalau aku tak cuba berblog kembali. Betul tak? Betul betul betul!

Aku anak kampung pedalaman Sarawak sejati. Aku amat berbangga dengan negeri ku yang kaya dengan hasil bumi. Aku cuba untuk memperkenalkan negeriku dalam blog ini. Aku fasih berbahasa Iban dan Melayu Sarawak. Bahasa Melanau aku paham sikit-sikit tapi dah berkarat dah sekarang. Kurang practice. Aku akan cuba post dalam bahasa-bahasa tu.

 Selain bahasa-bahasa kat atas, aku boleh dikatakan boleh lah jugak kalau nak cakap dalam loghat orang utara, pasai aku dok lama bertahun-tahun jugaklah ngan kawan-kawan kedah ngan penang. Dalam bahasa-bahasa yang aku tau, aku pilih guna bahasa Melayu untuk blog ni. Jangan terkejut kalau aku berbahasa Iban tak pun berbahasa Melayu Sarawak. 

 

Selamat membaca post aku, kalau sudi, rajin-rajinlah komen. Komen yang membina aku terima dengan hati terbuka beserta ucapan terima kasih. Yang sebaliknya...aku cuba perbaiki. Tak mau gaduh-gaduh hehehe